Friday, March 4, 2011

Selamat Tinggal

Bukan mahu mengucapkan selamat tinggal. tapi cuma nak up kan lagu Selamat Tinggal oleh Zizan Feat Dina. Ok juga la lagu ni, lagu masa umum penyingkiran raja lawak. Hari ni tak sempat sangat nak taip kat blog, sebab malam ni join competition karok di TTC, sempena hari keluarga Wisma Darul Iman. Saya post kan lirik lagu tu yer..




Lirik Lagu Selamat Tinggal [OST Raja Lawak 5] – Zizan  & Dina
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Wednesday, March 2, 2011

2 Misi Penting

Tinggal esok sehari saje lagi untuk saya memulihkan diri sendiri daripada kecederaan  masalah batuk+selsema+sakit tekak. Tadi masa balik, singgah kat bilik vokal, abang yang urus p.a sistem tanye "Guane lame mu dok mari training..?" Saya pun jawab, "Ade keje boh, pahtu tekok sakit nih, nok training gane, esok deh saye cube". Abang tu berkata lagi, "Bereh, tapi esok aku g pasang p.a sistem doh kat pentas TTC, kire mu g kat nung la deh, pkul empat setart raptai". Saya pun balas, "Bereh.. Bereh.. Mula r boh, balik dulu deh, lewat doh ni.. Jupe esok..".

Begitulah serba ringkas perbualan saya petang tadi. Jadi, misi pertama pulihkan dulu suara yang tak sedap ni (memang tak sedap pun.. hehe). Agak-agak boleh sembuh esok, ubat pun dah makan tadi. Kali ni dengar kata, dalam 29 orang peserta ambil bahagian.. walaweh, ramai tu.. gulp.. gugup la pulak.. hehe

Misi kedua, nak tido awal, bangun awal. Jam 3.40 pagi nanti, satu perlawanan bola sepak antara Arsenal dengan Leyton Orient. Game yang mesti tonton, nak tengok Arsenal bangkit atau tidak lepas kalah dengan Birmingham untuk Piala Carling a.k.a Piala Mickey Mouse Ahad lalu. Mesti menang, mesti.. mesti.. mesti..

Ngam-ngam la nanti. Bola habis dalam jam 5.30 pagi, lepas tu boleh terus mandi untuk bersiap pergi kerja.. Pergh.. sejuk sesangat la nanti. Macam ni la bila sudah bekerja. Huhu.. tiba-tiba rindu pulak zaman belajar UMT dulu. Nan, Wafi, Imiey, Amy... Rindu kat korang sumer la.. We are best friend forever.. Geng B-82..

Wafi-kun, Imiey a.k.a Pok joe, Nan Maznan

Thanks For Coming
Lepak Santai Sini

Jom.. Buat Jus Asam Jawa


Ha.. Suka tak minum jus asam jawa..?? Banyak khasiat minum air asam jawa. Bagi yang sakit tekak (macam saya sekarang ni..), elok minum air ini disamping makan ubat yang doct bagi. Selain itu, kalau badan jadi panas, jus asam jawa mampu menyejukkan badan dan menurunkan suhu badan. Nak yang asli, guna asam jawa yang ada biji tu, tapi banyak kerja sikit la, bancuh dan buang biji. Senang kalau guna yang adabi, bekas macam Sekaya roti tu.. Di sini saya bagi cara-cara untuk menghasilkan Jus Asam Jawa..

Adabi..... Melazatkan.. Adabi.. Menyelerakan...

 

Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 1 sb (sudu besar) asam jawa (boleh guna asam jawa adabi yg tak ada biji)
  • 1 sb gula
  • Setengah gelas kiub ais (kalau demam kurangkan ais)
  • 1.5 gelas air masak
  • 1 sk (sudu kecil) madu 

Cara-cara

  1. Blendkan asam jawa dan air masak, masukkan gula dan madu.
  2. Masukkan kiub ais dan blend lagi..siap.
P/s: Bagi yang skit tekak, seelok-eloknya minum jus ini suam-suam.. Selamat mencuba..



Thanks For Coming
Lepak Santai Sini

1 hari aje lagi....

Batuk.. koff.. koff..


Batuk-batuk dah kurang, selsema pun dah kurang, tapi suara masih terasa serak lagi. Minta-minta cepat pulih sebelum Jumaat. Insyaallah petang esok nak cuba test vokal. Sekiranya ok, saya akan teruskan penyertaan, tapi jika tidak, saya mungkin terpaksa menarik diri. Seboleh-bolehnya, saya mahu menaikkan nama UPEN yang kini agak ketandusan staff selepas berlaku pertukaran kakitangan dan pegawai.

Nak tahu ke apa lagu yang saya akan cuba nanti? Ada beberapa pilihan pada awalnya. Pertama lagu Tak Bisa Memiliki - Samsons, Kedua Tika Dan Saat Ini - Medicine, Ketiga - Nurani, Kristal, Keempat - Suatu Kenangan - kristal dan akhir sekali Cintamu Mekar Di Hati - May. Setelah mencuba, akhirnya dengan pendapat orang-orang di bilik vokal, mereka mencadangkan lagu Cintamu Mekar Di Hati - May.

Tinggi lagu ni, tapi memang suka pun lagu ni. Lirik.. pergh.. syahdu. Lagu Nurani - Kristal saja yang tak dicuba kerana tiada MTV, macam mana nak cuba, huhu.. Sekarang masih berusaha dan berharap agar cepat pulih. Okeh, layan lirik lagu tu dulu ea.. adios...

Cinta Mu Mekar Di Hati

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu

Ketika ku
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya



Thanks For Coming
Lepak Santai Sini